Resolusi sains tingkah laku dicadang jadi agenda kesihatan dunia

Malaysia cadang resolusi sains tingkah laku untuk tingkat kesihatan global

KHAIRY Jamaluddin ketika berucap pada nota celahan Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat sesi ke-73 di Manila, Filipina, hari ini. - FOTO/IHSAN WHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menyarankan agar sains tingkah laku yang telah berjaya membuktikan keupayaan pengawalan isu wabak Covid-19 dijadikan agenda kesihatan dunia.

Syor tersebut disuarakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika berucap pada nota celahan Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat sesi ke-73 di Manila, Filipina hari ini.

“Tidak dinafikan bahawa sains tingkah laku telah menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan rantau ini dalam mengawal penularan virus Covid-19 dan meminimumkan beban penyakit.

“Justeru, Malaysia dengan sukacita mengumumkan akan mencadangkan resolusi mengenai Sains Tingkah Laku untuk Kesihatan Lebih Baik agar dapat disokong semua negara,” katanya.

Persidangan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Ghebreyesus itu disertai 37 negara anggota badan tersebut dari rantau Pasifik Barat.

Pada 24 Mei lalu, Khary, 46, melakar sejarah di Geneva, Switzerland apabila dipilih sebagai antara lima Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia mewakili Rantau Pasifik Barat.

Seminggu kemudian, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO pada sesi mesyuarat ke-151 mewakili Malaysia untuk tempoh dari 2021 lalu sehingga 2024 depan.

Lembaga terdiri 34 ahli itu sentiasa bermesyuarat setiap Januari untuk agenda Perhimpunan Kesihatan Sedunia dan mempertimbangkan segala resolusi di ibu pejabat WHO di Geneva.

Persidangan rantau Pasifik Barat itu diadakan secara hibrid sejak semalam membincangkan lima tema berbeza dipengerusikan Menteri Kesihatan Laos, Dr. Bounfeng Phounmmalaysith.

Mengulas lanjut, Khairy berharap usul dikemukakan Malaysia berhubung penggunaan model sains tingkah laku itu dapat diperhalusi teliti pada sesi ke-152 Lembaga Eksekutif WHO kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya