Reka bentuk kapal tempur LCS hampir 100 peratus siap - Utusan Malaysia

Reka bentuk kapal tempur LCS hampir 100 peratus siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Reka bentuk terperinci pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) hampir siap 100 peratus, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.

Setakat ini jelasnya, hanya berbaki enam peratus yang belum disiapkan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) selaku syarikat pembuat adalah membabitkan reka bentuk terperinci yang tidak kritikal iaitu zon kapal permukaan atas air.

“Bagi zon kritikal, reka bentuk terperinci telah siap antara 98 hingga 100 peratus, hampir siap. Ia adalah zon kapal di bawah permukaan air,” katanya menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Fadhli meminta kementerian menjelaskan sama ada pembinaan LCS menjadi lewat berbanding sasaran kerajaan iaitu dalam tempoh dua tahun ini berikutan masalah yang berlaku.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada semalam berkata, fasa mobilisasi projek LCS untuk tentera laut selama enam bulan bermula Jun lalu menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.

Beliau berkata, banyak perkara telah dilaksanakan dan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan pertama fasa tersebut terutama dari sudut komersial dan antara kerajaan dengan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya