PRU15: Warisan kekalkan Darell Leiking, Azis Jamman

PRU15: Warisan kekalkan Darell Leiking, Azis Jamman calon kerusi Penampang dan Sepanggar

MOHD. Shafie Apdal (tengah) bersama Darell Leiking (kiri) dan Mohd. Azis Jamman (kanan) yang diumumkan sebagai calon PRU15 di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mencalonkan semula Datuk Darell Leiking dan Datuk Mohd. Azis Jamman di kerusi Parlimen yang disandang mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Darell yang menyandang kerusi Parlimen Penampang kekal bertanding di kerusi berkenaan manakala Mohd. Azis dicalonkan semula di Parlimen Sepanggar.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semasa Program Jelajah Warisan.

Pada PRU14, Darell yang juga Timbalan Presiden Warisan menang kerusi Parlimen Penampang dengan majoriti 23,473 undi menewaskan pesaing terdekatnya, Ceaser Mandela Malakun mewakili Barisan Nasional (UPKO) dalam persaingan empat penjuru.

Bagi kerusi Parlimen Sepanggar pula, Mohd. Azis selaku Ketua Penerangan Warisan menang kerusi tersebut pada PRU14 setelah memperoleh majoriti 12,984 undi menewaskan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional dalam pertembungan empat penjuru.

Mohd. Shafie berkata, calon keseluruhan diumumkan pada awal November sebelum penamaan calon diadakan.

Penyandang kerusi Parlimen Semporna itu berkata, Warisan akan menyenaraikan calon yang mempunyai trek rekod yang cukup baik.

Mengulas tentang kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS), Mohd. Shafie berkata, PBS telah menyertai GRS dan bertanding menggunakan logo GRS.

Justeru, Warisan akan melihat terlebih dahulu parti mana yang mendapat mandat rakyat pada PRU15.

“Kita akan berbincang dengan parti yang mendapat mandat selepas PRU. Jika mahu membentuk kerajaan, kena ada kompromi demi kepentingan negara bukannya kepentingan parti.

“Kita kena meletakkan negara di landasan yang betul jadi kerjasama perlu dibuat selepas pilihan raya. Selepas mandat diberikan oleh rakyat, kita lihat keadaannya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya