PRU15: Tok Pa, Ikmal guna simbol bulan

PRU15: Tok Pa, Ikmal guna simbol bulan

MUHYIDDIN Yassin (kiri) melihat Ahmad Yakob menyerahkan pengiktirafan kepada Abdul Hadi Awang (kanan) sebagai Tokoh Penyatuan Ummah pada Himpunan Penyatuan Ummah, Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi. - FOTO/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyandang kerusi Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) dan Tanah Marah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan menggunakan simbol bulan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah, Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV, di sini malam tadi.

“Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kalau ada di Kelantan ini, Tok Pa (Mustapa) dan Ikmal. Kedua-dua mereka ini akan masuk bertanding (PRU15) pakai bendera Pas (simbol bulan).

“Jangan tak pangkah dia (sokong). Kami (PN) dalam mesyuarat baru-baru ini dan bersetuju…Kelantan akan pakai simbol Pas. Okay, tidak mengapa jamin menang (di Kelantan),” katanya.

Pada PRU14 lalu, Tok Pa yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) ketika itu telah bertindak keluar parti dan kemudian menyertai Bersatu.

Ikmal Hisham yang bertanding di kerusi Parlimen Tanah Merah menggunakan logo BN ketika itu turut bertindak keluar parti dan kemudian menyertai Bersatu.

Terdahulu, Julai lalu pernah mengumumkan Bersatu dan Pas bersepakat untuk menggunakan simbol PN pada PRU15.

Sewaktu membuat pengumuman itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memaklumkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah bersetuju dengan ketetapan tersebut.

Bagaimanapun, baru-baru ini Pas memutuskan untuk menggunakan simbol rasmi parti itu iaitu bulan bagi tiga negeri diterajui mereka iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15.

Penggunaan simbol bulan itu kerana parti tersebut percaya mempunyai akar umbi yang kuat di tiga negeri berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya