PRU15: SPR diminta sediakan SOP jika banjir

PRU15: SPR diminta sediakan SOP jika banjir

AMIRA AISYAH ABD. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika banjir.

Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisyah Abd. Aziz berkata, SOP itu perlu sebagai panduan kemungkinan berlaku banjir pada tarikh penting yang telah diumumkan.

Pengarah Pilihan Raya Muda itu berkata, SPR langsung tidak menyentuh perkara itu semasa menetapkan tarikh dan perkara-perkara penting PRU15 sedangkan SOP itu sangat penting.

“Kalau kita tengok sekarang ini pun banyak kawasan sudah naik air. Muda akan berkempen habis-habisan tetapi jika berlaku banjir sewaktu hari pengundian, Muda akan fokus untuk bantu mangsa banjir. 

“Saya gesa SPR untuk sediakan SOP secepat mungkin sebagai langkah menghadapi pilihan raya sewaktu musim banjir. Adakah pengundi diberi masa lebih untuk mengundi? 

“Ataupun pihak SPR ada pelan jika Pusat Daerah Mengundi (PDM) terlibat dengan banjir,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, SPR mengumumkan hari pengundian PRU15 ditetapkan pada 19 November ini, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November ini.  

Menurut SPR, seramai 21,173,638 pengundi pada PRU15 dan ia diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah dengan anggaran kos RM1.01 bilion.

Dalam pada itu, Amira Aisya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa menggesa SPR untuk memudahkan proses pengundian bagi pelajar yang menetap di Sabah dan Sarawak. 

Beliau berkata, pelajar tersebut seharusnya diberi kelonggaran yang sama untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menerusi undi pos. 

“Saya ikuti rapat pengumuman SPR berkenaan tarikh-tarikh penting bagi PRU15 tetapi saya risau dengan persiapan SPR untuk menghadapi pilihan raya tersebut. 

“Berkenaan sistem pengundian bagi orang kurang upaya (OKU), saya masih tidak nampak lagi inisiatif untuk memastikan golongan OKU dapat aksesibiliti untuk proses pengundian seperti menyediakan kertas undi dalam bentuk braille dan sebagainya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya