PRU15: Siew Fook kekal di Seremban, Kee Chin di Rasah

PRU15: Siew Fook kekal bertanding di Seremban, Kee Chin di Rasah

LOKE Siew Fook (tengah) dan Cha Kee Chin (empat dari kiri) pada Majlis Pembukaan Bilik Gerakan Utama (BGU) Pakatan Harapan Parlimen Rasah di Seremban hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: DAP kekal mempertaruhkan dua penyandang kerusi Parlimen yang dimenangi sebelum ini sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Mereka ialah Loke Siew Fook di Parlimen Seremban dan Cha Kee Chin di Parlimen Rasah.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Siew Fook yang juga Setiausaha Agung DAP.

“Bermula hari ini, saya akan mula mengumumkan calon-calon bermula di Negeri Sembilan dan negeri lain pada masa akan datang. Secara umumnya, saya akan mengikut negeri, kami tidak akan mengumumkan secara serentak, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Calon akan mengetahui apabila ia diumumkan nanti. Di Negeri Sembilan, dua calon yang diumumkan adalah penyandang pada kerusi masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Bilik Gerakan Utama (BGU) Pakatan Harapan Parlimen Rasah hari ini. 

Siew Fook dalam pada menjelaskan, setakat ini, ada beberapa negeri hanya akan dimuktamadkan calon mereka selepas mesyuarat yang akan diadakan. 

“Sudah tentu akan ada muka baharu dengan kombinasi muka lama, muka yang tidak begitu lama pun ada. 

“Tempoh pengumuman calon bermula dari sekarang sehingga sebelum hari penamaan calon dalam tempoh dua minggu ini. Jadi kami akan umumkan berperingkat mengikut negeri dan ada tempat mungkin mengikut kawasan spesifik, ini merupakan strategi kami,” katanya. 

Siew Fook merupakan Ahli Parlimen Seremban selama dua penggal iaitu sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 manakala Kee Chin telah sepenggal berkhidmat di Parlimen Rasah.

Sementara itu, Siew Fook menyifatkan pemilihan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon PH di Parlimen Seremban merupakan satu pilihan yang tepat.

“Aminuddin adalah calon yang paling sesuai untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia satu keputusan yang cukup tepat kerana bukan calang-calang calon yang boleh menggantikan Datuk Seri Anwar. 

“Tambahan pula, Aminuddin merupakan Ketua Cabang PKT Port Dickson, jadi beliau calon yang paling sesuai untuk bertanding, kampung beliau di situ dan tidak ada apa-apa isu untuk beliau bertanding Parlimen Port Dickson,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya