PRU15: Saifuddin sedia pertahan kerusi Parlimen Indera Mahkota

PRU15: Saifuddin sedia pertahan kerusi Parlimen Indera Mahkota

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bersedia mempertahan kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Saifuddin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, namanya sudah dicadangkan oleh PN Bahagian Indera Mahkota untuk terus bertanding di kerusi berkenaan pada PRU15, 19 November ini.

“Kalau ikut bahagian saya (Bersatu Indera Mahkota) dan PN Indera Mahkota, mereka mencadangkan saya bertanding semula di sini (Parlimen Indera Mahkota). 

“Saya bersedia bertanding semula. Apa-apa pun, bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program gerai prihatin rakyat peringkat PN Indera Mahkota, di sini hari ini. 

Program itu menawarkan pakej barangan dapur merangkumi beras, minyak masak, ayam segar, bawang dan kentang pada harga RM30. 

Saifuddin menang kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU14 dengan majoriti 10,950 undi. Dia yang ketika itu mewakili Pakatan Harapan (PH) mendapat 28,578 undi menewaskan calon daripada BN, Datuk Dr. Johan Mat Sah (17,628 undi) dan calon Pas, Nasrudin Hassan (17,515 undi).

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan penyerahan watikah kepada semua calon PN Pahang diadakan beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

“Bagi PN Pahang, kita bukan saja serah watikah, kita  meminta semua calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengangkat sumpah ikrar untuk tidak terlibat dalam rasuah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya