PRU15: PRM umum 5 calon zon Utara - Utusan Malaysia

PRU15: PRM umum 5 calon zon Utara

KOH Swe Yong (dua dari kiri) dan calon-calon PRM bagi Pulau Pinang dan Kedah yang diumumkan dalam satu majlis di Ibu Pejabat PRM Pulau Pinang, di George Town hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Bekas ahli DAP, Teh Yee Chew mengesahkan akan bertanding kerusi Parlimen Bukit Bendera mewakili calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau merupakan antara lima calon parti itu yang akan bertanding pada PRU15 bagi zon Utara.

Calon lain ialah Ravinder Singh (Parlimen Bayan Baru); Lee Ah Leong (Parlimen Batu Kawan) dan Koh Swe Yong (Parlimen Jelutong) selain wakil tunggal parti itu yang akan bertanding di Kedah, Tan Chow Kang (Parlimen Sungai Petani).

Selain mengumumkan senarai calon bagi PRU15, PRM turut mengumumkan manifesto parti itu bagi menghadapi PRU15 termasuk tawaran memastikan pendidikan yang efektif, mampu, relevan dan berkualiti kepada generasi muda.

PRM juga menerusi manifesto mereka berjanji mengimbangi pembangunan ekonomi dan pembangunan ekologi serta mengaudit semua pihak yang berkuasa untuk memastikan akauntabiliti dan tanggungjawab.

Sementara itu, Setiausaha Agung PRM, Swee Yong berkata, secara keseluruhannya PRM meletakkan 25 calon bagi mewakili parti itu pada PRU15.

“Hari ini kita umumkan lima calon bagi zon Utara iaitu empat di Pulau Pinang dan satu di Kedah, kami akan umumkan calon-calon lain di 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan empat di Selangor selepas ini.

“Ada beberapa kerusi lagi di negeri lain seperti Pahang yang mana kami sedang bincang untuk meletakkan calon kami di situ,” katanya dalam sidang akhbar majlis pengumuman calon PRM di Ibu Pejabat PRM Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, PRM pernah menjadi pertubuhan politik yang mempunyai pengaruh kuat di Pulau Pinang dan negara pada masa dahulu.

”Perjuangan PRM untuk membela nasib rakyat tidak pernah berhenti walaupun anggota dan pemimpin kami menjadi kecil jumlahnya, perjuangan kami untuk rakyat tidak pernah lenyap.

“Jadi dengan slogan ‘Kami Kembali’, PRM mahu menawarkan pilihan baharu kepada pengundi dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Swee Yong yang juga calon PRM bagi kerusi Parlimen Jelutong berkata, PRM juga bersedih menjalin kerjasama dengan mana-mana parti dengan syarat kebajikan rakyat menjadi keutamaan parti tersebut.

”PRM meletakkan kebajikan rakyat sebagai teras utama perjuangan parti, jadi mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan kami hendaklah mempunyai perjuangan yang sama dengan PRM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya