PRU15: PRM bertanding di semua kerusi Parlimen di Kelantan

PRU15: PRM bertanding di semua kerusi Parlimen di Kelantan

MOHD. Zain Ismail (tengah) selepas sidang media di pejabat PRM Kelantan di Kampung Kepulau Palekbang, Tumpat, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Parti Rakyat Malaysia (PRM) membuat ‘kejutan’ apabila mengumumkan akan bertanding di semua 14 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penyelaras PRM negeri, Datuk Mohd. Zain Ismail berkata, pada PRU15 itu nanti mereka akan mempertaruhkan bekas calon dari Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Barisan Nasional (BN) yang bakal mewakili parti berkenaan.

“Ini pertandingan sulung PRM di Kelantan, saya yakin kita akan mendapat sokongan daripada rakyat ini dan akan memperolehi kemenangan besar.

“Calon yang kami tonjolkan adalah gabungan muka baharu dan muka lama yang mempunyai pengalaman luas terdiri daripada ahli korporat, tokoh akademik dan tokoh agama,” katanya pada sidang media di Pejabat PRM negeri Kelantan di Kampung Kepulau Palekbang, di sini hari ini.

Mohd. Zain memberitahu, kesemua calon yang bertanding itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, penyertaan PRM pada PRU15 bertujuan memberi pilihan kepada rakyat Kelantan untuk membuat pilihan pada hari pengundian nanti.

“Pada masa sama, PRM akan bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya