PRU15: Perlis selaraskan PPS elak pertembungan pusat mengundi

PRU15: Perlis selaraskan PPS elak pertembungan dengan pusat mengundi

HASNOL ZAM ZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri akan menyelaras pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mengelak bertembung dengan pusat mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Perlis.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, ketika ini, pihaknya masih menunggu keputusan mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh penamaan calon dan pilihan raya sebelum menyelaraskan PPS tersebut.

Katanya, di Perlis terdapat kira-kira 120 PPS dan 102 daripadanya adalah sekolah yang digunakan untuk dijadikan pusat penempatan sementara sekiranya banjir.

“Buat masa ini juga, kita sedang menanti penyelarasan antara SPR dan Jabatan Pendidikan negeri (JPN) mengenai pusat pembuangan undi yang akan digunakan nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Hasnol Zam Zam, sekiranya terdapat pertindihan lokasi tempat pembuangan undi dengan PPS, mereka akan mencari premis lain untuk dijadikan pusat penempatan alternatif sebagai persediaan awal.

“Mungkin kita akan melihat mana-mana premis lain seperti balai raya atau dewan orang ramai yang paling hampir sebagai PPS alternatif,” katanya.

Tambah beliau lagi, penyelarasan PPS tersebut akan diperhalusi selepas mendapat maklumat tarikh-tarikh penting PRU15 daripada SPR.

Dalam perkembangan sama, Hasnol Zam Zam berkata, pihaknya turut berbincang kaedah makluman awal kepada penduduk terlibat sekiranya dapat pengesahan berlaku banjir di satu-satu kawasan.

“Contohnya kita jangka akan berlaku air pasang lebih besar pada hujung bulan ini berbanding awal lalu, kita akan kenal pasti kawasan dan penduduk terjejas.

“Ia dilakukan agar penduduk membuat persiapan sekiranya air pasang besar berlaku, mereka sudah bersedia untuk selamatkan barangan berharga dan siap sedia berpindah ke PPS,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya