PRU15: Pas tidak tergugat di Parlimen Kuala Nerus

PRU15: Pas tidak tergugat di Parlimen Kuala Nerus

HUSAIN AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas tidak tergugat dalam mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus walaupun penyandangnya,  Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali akan bertanding atas tiket Bebas atau Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, beliau yakin Pas dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu berdasarkan sokongan dan kesetiaan ahli parti walaupun wakil rakyat mereka sebelum ini mengambil keputusan untuk berhenti menjadi ahli Pas.

Menurutnya, penyokong dan ahli Pas sebelum ini memberi sokongan kepada bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu atas nama parti dan bukan kerana individu.

“Bagi kita, kerusi itu memang milik kita dan kita menang pun dalam jumlah majoriti yang tinggi, maka harapan untuk menang itu masih tinggi.

“Kita yakin bahawa kita akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus sama ada beliau (Mohd. Khairuddin) bertanding UMNO atau Bebas, kita mempunyai keyakinan untuk menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Markas Induk dan Pelancaran Jentera PRU15 Kawasan Parlimen Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini, malam tadi.  

Selain itu, Husain memberitahu, Pas juga sudah mengenal pasti calon berwibawa dalam kalangan anak tempatan untuk bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15.

Menurutnya, beliau percaya calon yang akan ditampilkan oleh Pas mendapat sokongan tinggi pengundi di kawasan tersebut

“Insya-Allah, sudah ada cadangan dalam dua, tiga orang calon tempatan, orang Kuala Nerus,” ujarnya.

Pada PRU14, Khairuddin memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus selepas mendapat 37,974 undi mengetepikan calon BN, Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang memperoleh 29,527 undi dan calon PKR, Abdullah Muhamad (4,604 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya