PRU15: Noor Azmi sedia bertanding Parlimen Bagan Serai

PRU15: Noor Azmi sedia bertanding Parlimen Bagan Serai

NOOR Azmi Ghazali (kiri) pada program Jelajah Prihatin dan Pelancaran PN di Bagan Serai semalam. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Penyandang kerusi Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali bersedia untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya,  setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi keputusan di peringkat pucuk pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengenai calon yang telah dimuktamadkan untuk bertanding.

“Berdasarkan kepada prinsip dasar dan perjanjian mengikut kata Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penyandang kekal untuk bertanding semula.

“Jadi kita berpegang pada janji serta dasar ini dan saya bersedia untuk bertanding semula mempertahankan kerusi Parlimen ini,” katanya kepada pemberita selepas Jelajah Prihatin dan Pelancaran PN, di sini semalam. Turut hadir Pesuruhjaya Pas, Perak Razman Zakaria.

Menurut Noor Azmi, sememangnya dasar menjadi kebiasaan kepada mana -mana parti, penyandang ditawarkan semula untuk mempertahankan kerusinya.

“Janji dan dasarnya  adalah begitu, kecuali sekiranya penyandang tidak lagi mahu untuk bertanding diparlimen itu.

“Jadi untuk menjawab soalan pertanyaan sama ada saya  dikekalkan atau tidak, keputusannya akan diumumkan oleh pucuk pimpinan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Sementara itu, Razman berkata, semua pembahagian kerusi dalam kalangan komponen PN Perak telah selesai dan hanya menanti pengumuman dari pucuk pimpinan tertinggi parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya