PRU15: Nik Omar tanding di Perak, Husam cabar Azmin Ali di Gombak - Utusan Malaysia

PRU15: Nik Omar tanding di Perak, Husam cabar Azmin Ali di Gombak

HUSAM MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Pakatan Harapan (PH) Kelantan mengesahkan anak kepada bekas Menteri Besar, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar Nik Aziz dan Datuk Husam Musa sah akan bertanding di luar negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Muhammad Husain berkata, keputusan tersebut bukan disebabkan masalah dalaman yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Ini adalah strategi kita (PH) dan tokoh-tokoh besar itu hendak dibahagikan begitu dalam berdepan PRU15 pada 9 November depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bendera Pakatan Harapan di Bilik Gerakan Utama Harapan Bachok di Kampung Balai di sini hari ini.

MUHAMMAD Husain (depan, dua kiri) bersama pimpinan parti semsa Majlis Pelancaran Bendera Pakatan Harapan di Bilik Gerakan Utama Harapan Bachok di Kampung Balai, Bachok, Kelantan hari ini. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Dalam pada itu, Muhammad berkata, PH Kelantan mempertaruhkan tiga calon wanita untuk bertanding di Parlimen Bachok, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa.

Katanya, tiga calon berkenaan ialah Ketua Wanita PH, Nur Azmiza Mamat (Bachok); Timbalan Wanita PH, Dr. Hafidzah Mustakim (Kota Bharu) dan Naib Wanita PH, Nik Faizah Nik Osman (Pengkalan Chepa).

“Kita sudah sediakan tiga calon wanita kerana di Kelantan, undi wanita lebih daripada lelaki malah wanita juga lebih banyak bekerja. Oleh sebab itu, kita kemukakan tiga calon wanita daripada keseluruhan 14 kerusi Parlimen.

“Selebihnya kita akan umum pada 3 November ini di mana hampir 90 peratus calon PH di Kelantan adalah terdiri daripada calon tempatan,” jelasnya.

Sementara itu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Husam akan bertanding di Parlimen Gombak sekali gus bakal berdepan dengan Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Azmin Ali.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Nik Omar akan bertanding di Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya