PRU15: Mengundi dalam pilihan raya fardu kifayah 

PRU15: Mengundi dalam pilihan raya fardu kifayah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Umat Islam diingatkan yang mana mengundi di dalam pilihan raya merupakan amalan fardu kifayah dan termasuk salah satu cara atau kaedah untuk mencapai kemaslahatan rakyat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, penyertaan di dalam pilihan raya dengan niat memilih wakil rakyat yang baik boleh dianggap amalan saling bekerjasama pada jalan kebajikan dan takwa yang amat digalakkan di dalam Islam.

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR

“Mengundi di dalam pilihan raya adalah termasuk sebahagian daripada bab muamalat yang terbina di atas kepentingan umum.

“Namun, umat Islam dilarang memilih seorang calon yang diketahui tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah terhadap agama, negara dan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Salim, umat Islam juga dilarang memilih individu yang menyeru kepada kesesatan atau maksiat kerana dibimbangi individu itu akan menyalahgunakan kuasa, jawatan dan kedudukan untuk merosakkan agama, masyarakat dan negara. 

“Ungkapan Nabi Yusuf sebagaimana di dalam al-Quran yang mana calon yang layak dipilih mewakili rakyat mestilah memiliki dua kualiti peribadi.

“Iaitu dapat memelihara amanah yang diharapkan oleh para pengundi dan mempunyai kebolehan atau kecekapan mengurus serta mengendalikan pekerjaannya dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap calon PRU15 perlu ingat yang mana pemerintahan adalah satu amanah dan tanggungjawab yang berat. 

Sehubungan itu jelasnya, setiap calon perlu mengutamakan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri atau kumpulan tertentu sekiranya menang dalam pilihan raya nanti dan terpilih sebagai wakil rakyat.

“Kepada para pengundi pilihlah calon yang mempunyai sifat jujur dan amanah, berintegriti dan prihatin kepada kepentingan rakyat di samping sedia berkorban untuk membela nasib mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya