PRU15: Manifesto BN 'hidang' lebih 10 teras, lebih 90 tawaran - Utusan Malaysia

PRU15: Manifesto BN ‘hidang’ lebih 10 teras, lebih 90 tawaran

AHMAD Zahid Hamidi (berdiri) ketika berucap pada majlis Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran dan Pelancaran Jentera BN Pahang di Laman Kerayong di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Barisan Nasional (BN) akan ‘menghidangkan’ lebih 10 teras dan aku janji untuk rakyat dalam manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan menawarkan lebih 90 tawaran untuk dinikmati pelbagai lapisan masyarakat daripada kumpulan minoriti sehingga yang majoriti.

“Manifesto kita ini akan merangkumi segenap lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran dan Pelancaran Jentera BN Pahang di Laman Kerayong di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, rakyat kini merindui BN untuk dominan kembali selepas kesengsaraan selama 39 bulan dialami mereka.

“Analisis telah mereka lakukan, kerajaan 22 bulan jelas tidak dapat menunaikan janji mereka, kerajaan 17 bulan juga tidak dapat memperbaiki kesilapan kerajaan 22 bulan.

“Jadi, 39 bulan rakyat sengsara, maka Allah SWT mentakdirkan kita mempunyai seorang Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dari BN yang berjaya menyelamatkan negara,” katanya.

Beliau berkata, pada PRU15 ini, seluruh jentera BN perlu bekerja kuat untuk memastikan parti itu mampu memperoleh kemenangan seperti mana PRU11, 12 dan 13.

“Kita dapat dua pertiga majoriti ketika PRU11, waktu itu suara pembangkang hanya suara kerdil, pencapaian seperti ini yang kita mahu capai pada PRU15 kali ini bagi mewujudkan suasana demokratik dalam negara,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, Himpunan Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran penting untuk ahli BN mewujudkan optik bahawa parti ini dan kerajaan berpisah tiada dan seiring bersama Perdana Menteri.

“Permuafakatan antara kita penting, tanpanya mustahil untuk kita mempertahan kerusi yang kita menang, mustahil untuk rampas kerusi yang kita tewas dan mustahil kita rebut kerusi yang kita berpotensi menang pada PRU15 ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya