PRU15: Kedah guna logo PN, Kelantan dan Terengganu guna lambang bulan - Utusan Malaysia

PRU15: Kedah guna logo PN, Kelantan dan Terengganu guna lambang bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pas memutuskan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) di Kedah manakala di Kelantan dan Terengganu parti itu kekal menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, di negeri-negeri lain turut menggunakan logo PN.

“Di Kedah kita pakai simbol PN, Terengganu dan Kelantan kita pakai simbol Pas. Itu strategi politik yang kita telah tetapkan. Akar umbi Pas menerima keputusan tersebut.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga akan menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu dalam PRU15,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan calon PN yang bertanding di tiga negeri diterajui Pas iaitu Terengganu, Kedah dan Kelantan berkemungkinan menggunakan logo Pas. 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, ketetapan itu akan dimuktamadkan bagi menghadapi PRU15.

Sementara itu, Hashim berkata, Pas juga berkemungkinan mengetengah calon di Sabah dan Sarawak dalam PRU15.

“Insya-Allah ada calon Pas (Sabah dan Sarawak) kita telah luluskan beberapa nama bertanding,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya