PRU15: Di Tambun kita sebut ‘ayo’, bukan ‘ayaq’ - Ahmad Faizal

[VIDEO] PRU15: Di Tambun kita sebut ‘ayo’, bukan ‘ayaq’ – Ahmad Faizal

PARLIMEN Tambun bakal menjadi antara kerusi paling panas apabila Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding menentang Ahmad Faizal Azumu pada PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyambut pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan sindiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu merupakan calon luar.

Sindiran itu dimuatkan dalam satu rakaman video berdurasi 26 saat oleh Ahmad Faizal yang mengucapkan selamat datang kepada Anwar namun mengingatkan Presiden PKR itu adalah calon luar dengan mengaitkannya dari segi penggunaan loghat tempatan di Tambun yang berbeza di tempat lain di luar Perak.

“Bagi mereka yang nak berhijrah ke tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat dan nak datang ke Tambun, saya nak bagitau sikit. Di Tambun kita sebut ‘ayo’ (air) dengar betul-betul, ‘ayo’, bukan ‘ayaq’, okey terima kasih selamat datang,” katanya dalam video tersebut.

Pada Konvensyen PH di sini semalam, Anwar mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15, 19 November ini.

Anwar berkata, keputusan beliau menentang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahmad Faizal di Tambun sejajar dengan keazaman PH untuk menawan negeri Perak.

Menurutnya, beliau sedia berdepan Ahmad Faizal dan yakin mampu mengalahkan Ahli Parlimen Tambun itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya