PRU15: BN yakin pertahan Jeli - Utusan Malaysia

PRU15: BN yakin pertahan Jeli

MOHD Adhan Kechik (kiri) bersama Timbalan Gabenor Wilayah Narathiwat, Fatimah Sabeeyamu (dua dari kanan) menyuapkan pulut kuning kepada peserta Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Barisan Nasional (BN) optimis mampu mempertahan Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun penyandang kerusi berkenaan sebelum ini, Datuk Seri Mustapa Mohamed bertindak meninggalkan UMNO dan akan menggunakan simbol bulan pada 19 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga dari BN, Datuk Mohd. Adhan Kechik berkata, keputusan Mustapa untuk menggunakan lambang Pas akan memberi peluang cerah kepada BN kekal di kerusi berkenaan.

“Kita (BN), suka bila beliau mengambil keputusan untuk menggunakan lambang Pas kerana kita dah bertanding di sini selama enam penggal dan Pas tidak boleh mencapai kemenangan di sini. Saya rasa bila beliau memilih untuk menggunakan lambang Pas, peluang beliau untuk menang menjadi tipis,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, Tanah Merah di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, akan menggunakan logo Pas pada PRU15.

Mohd. Adhan memberitahu, BN Jeli kini lebih bersatu padu daripada sebelum ini dengan sokongan mantap daripada ahli-ahli parti.

“Kita bukan hanya mengambil dasar terbuka malah tidak kisah apa sahaja lambang yang beliau (Mustapa) gunakan. Ini kerana BN Jeli sudah begitu mantap apatah lagi apabila beliau tidak lagi bersama-sama dengan kita di Jeli,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya