PRU15: BN boleh rampas Bakri jika mampu raih 29,056 undi

PRU15: BN boleh rampas Bakri jika mampu raih 29,056 undi

MOHD. Fuad Tukiran (tengah) bersama-sama Ketua MIC Bahagian Bakri, K. Sundral dan Ketua MCA Bahagian Bakri, Datuk Chris Lee Yong pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Bakri di Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Walaupun Parlimen Bakri dianggap kubu kuat DAP, namun Barisan Nasional (BN) tidak pernah ‘patah semangat’ untuk merampas semula kerusi berkenaan.

Selain faktor calon yang diterima dan disukai ramai, usaha kuat serta khidmat berterusan pemimpin dan ahli akar umbi di kawasan tersebut mampu menjadi ‘daya penarik’ untuk pengundinya memberi peluang kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Justeru, jentera BN perlu meraihkan sekurang-kurangnya 29,056 undi untuk memenangi kerusi tersebut pada PRU15 ini.

Pengerusi BN Parlimen Bakri, Datuk Mohd. Fuad Tukirin berkata, sasaran itu mampu dicapai sekiranya semua parti komponen iaitu UMNO, MCA dan MIC dapat memperoleh sokongan mengikut jumlah peratusan yang ditetapkan. 

“Oleh yang demikian, semua arahan dan gerak kerja yang perlu diikuti adalah daripada Pengarah Pilihan Raya BN ditetapkan kepemimpinan tertinggi selain bekerjasama sebagai sebuah pasukan. 

“Semua parti komponen perlu menunjukkan kesungguhan masing-masing memenangi hati pengundi bagi membuktikan keazaman kita untuk memberikan kemenangan kepada calon tanpa mengira siapa yang akan dicalonkan nanti,” katanya semasa merasmikan Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Bakri di Taman Sakeh Baru, dekat sini, malam tadi. 

Mohd. Fuad yang juga Ketua UMNO Bahagian Bakri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning berkata, untuk memenangi pertandingan, perkara utama perlu ditanam dalam diri jentera parti adalah melupakan perkara berkaitan kekalahan, susah atau rintangan yang mendatang, sebaliknya berusaha dengan mengatur strategi terbaik untuk mencapai kemenangan.

“Parlimen Bakri mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bentayan, Bukit Naning dan Simpang Jeram dengan 34 Pusat Daerah Mengundi (PDM). 

“Jika kita mampu melakukan kerja lebih daripada yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, saya yakin sasaran ditetapkan mampu diperolehi,” katanya.

Parlimen Bakri mempunyai seramai 50,210 pengundi Cina, 44,410 Melayu, 2,084 India dan lain-lain bangsa 528 orang. 

Pada PRU14, Parlimen Bakri dimenangi calon DAP, Yeo Bee Yin yang memperoleh 38,718 undi menewaskan masing-masing calon BN dan Pas, Koh Chan Chai (15,507) dan Mohammad Zahrul Salleh (7,575). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya