PRU15: Arthur Kurup pertahan kerusi tradisi PBRS

PRU15: Arthur Kurup pertahan kerusi tradisi PBRS

ARTHUR KURUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Kurup  kekal mempertahan kerusi tradisi parti mereka di Parlimen Pensiangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Katanya, sebagai penyandang kerusi parlimen itu sememangnya beliau sedia mempertahankannya.

Pada PRU14, Arthur menang kerusi Parlimen Pensiangan dengan majoriti 2,314 menewaskan Raymond Ahuar dari Pakatan Harapan (PH)/PKR dalam pertembungan lima penjuru.

Mengulas tentang senarai calon PBRS, beliau berkata, senarai telah dihantar kepada pemimpin atasan Barisan Nasional untuk dianalisis dan dibincangkan jadi, tunggu pengumuman rasmi.

“Apa pun perundingan yang dibuat, selepas pilihan raya ini, kita mahu pastikan negara kita khususnya rakyat dapat menikmati kestabilan kerajaan.

“Kita tidak mahu lagi berdepan dengan ketidakstabilan politik yang menjejaskan ekonomi kita. Apa pun keadaan ini demi negara supaya kita boleh mempersiapkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya.

PBRS mula memegang kerusi Parlimen Pensiangan sejak 2008 dimenangi oleh Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup sebelum legasinya disambung oleh anaknya, Arthur yang menang kerusi parlimen tersebut pada PRU14.

Dalam pada itu, Arthur mahu PBRS bertanding lebih banyak kerusi di kawasan masyarakat Kadazan, Dusun Murut dan Murut (KDMR) susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan kerusi dimenangi oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyumbang kepada kemenangan PN.

Namun, di peringkat nasional, PN menyatakan Barisan Nasional adalah musuh utama tetapdi Sabah mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional.

“Jadi, perlu ada kejelasan ke mana kerjasama ini boleh membawa politik negara ke arah yang lebih baik dan stabil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya