PRU15: Aminuddin Harun calon PH di Port Dickson

PRU15: Aminuddin Harun calon PH di Port Dickson

ANWAR Ibrahim ketika mengumumkan Aminuddin Harun sebagai calon PH di Parlimen Port Dickson untuk PRU15 pada Majlis Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Bandar Dataran Segar, Port  Dickson, malam semalam. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menjadi calon pertaruhan Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara berkenaan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

“Saya kena pilih, orang yang Port Dickson boleh percaya, standardnya sama atau lebih sikit daripada saya. Keperibadiannya, kerjanya, dan orang tempatan. 

“Oleh itu saya nak umumkan calon PH bagi kawasan Port Dickson adalah saudara Aminuddin Harun.

“Hanya dua sahaja yang sudah diumum, pertama Tambun dan kedua Port Dickson. Ini adalah cara saya beri penghormatan kepada Port Dickson,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Bandar Dataran Segar, Lukut di sini malam semalam.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Anwar yakin Aminuddin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson.

“Beliau bekerja dengan baik, orang sini dan selalu di Port Dickson dan banyak bantu saya di Port Dickson, insya-Allah beliau boleh menang dengan bergaya,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi PH merupakan penyandang bagi kerusi Parlimen Port Dickson.

Bagaimanapun, beliau kelmarin mengumumkan memilih untuk bertanding di Parlimen Tambun, Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Ia sekali gus menyaksikan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Port Dickson yang dimenanginya semasa pilihan raya kecil Parlimen berkenaan yang diadakan pada Oktober 2018.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat sejak 2008. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya