PRU15 : Abe Wea calon Bebas pertama umum bertanding di Kelantan

PRU15 : Abe Wea calon Bebas pertama umum bertanding di Kelantan

MOHD. Redzuan Razali (berdiri tengah) sambil mengangkat tangan semasa bersama orang ramai yang turut hadir dalam majlis memperkenalkan calon Bebas PRU15 Parlimen Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Khidmat Rakyat (PKKR), Mohd. Redzuan Razali, 48, atau Abe Wea menjadi calon Bebas pertama di negeri ini yang membuat pengumuman secara terbuka bertanding pada dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa.

Keputusan itu menyaksikan Abe Wea bakal berdepan tugas berat apabila bersaing dengan Pas, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Tanah Air (GTA).

Abe Wea berkata, sebagai calon Bebas di bawah badan bukan kerajaan (NGO), beliau menyediakan keperluan asas yang lebih baik kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan B40.

“Majoriti penduduk di Pengkalan Chepa merupakan masyarakat Melayu dan tergolong dalam ketegori miskin. Jadi, perubahan perlu dilakukan bagi membawa kemajuan dengan menyediakan pembangunan dan keperluan asas yang lebih baik. 

“Pencalonan saya sebagai calon Bebas pada hari penamaan calon nanti bukan untuk kepentingan diri sendiri. Sebaliknya, saya mahu menjadi perisai dan membawa isi hati mereka bagi membela nasib mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Calon Bebas PRU15 Parlimen Pengkalan Chepa  di sini, malam tadi. 

Abe Wea memberitahu, manifestonya pada PRU15 adalah untuk menyelaraskan kehidupan di kampung dengan penyediaan keperluan asas sama seperti di bandar dengan penyediaan kemudahan mini kompleks sukan rakyat, rumah transit dan taman permainan kanak-kanak.

Katanya, berdasarkan pengalaman sebagai NGO, kebanyakan anak muda mempunyai bakat dalam sukan perlu mengeluarkan belanja untuk menyewa gelanggang futsal, badminton dan kemudahan sukan lain.

“Selain itu, penyediaan rumah transit juga amat dititikberatkan dalam usaha memastikan golongan miskin dan kurang mampu yang telibat dalan insiden kebakaran mempunyai tempat tinggal sementara. 

“Sebelum ini, mangsa terpaksa menumpang rumah jiran dan jiran tetangga sekiranya rumah mereka dilanda banjir atau hangus dalam kejadian kebakaran. Maka, pembinaan rumah transit amat perlu diketengahkan bagi membela nasib mangsa kebakaran yang hilang tempat tinggal sementara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya