PRU15: 70 peratus muka baharu jadi daya penarik kepada BN

PRU15: 70 peratus muka baharu jadi daya penarik kepada BN

PERGERAKAN Pemuda UMNO akan berusaha bersungguh-sungguh bagi menyakinkan anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun untuk keluar mengundi dalam PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Keberanian Barisan Nasional (BN) mahu mengetengahkan 70 peratus muka baharu sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diyakini mampu menjadi antara daya penarik kepada rakyat terutamanya pengundi muda untuk menyokong parti itu.

Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan berkata, formula itu turut terbukti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor yang menyaksikan BN ditunjangi kira-kira 84 dan 79 peratus calon muka baharu berjaya mencatat keputusan cukup baik.

HASMUNI HASSAN

Selain itu katanya, langkah tersebut turut menepati aspirasi jumlah pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah yang jumlahnya cukup ramai dalam PRU kali ini.

“Di seluruh negara kita ada 5.5 juta pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah dan di Kedah ini pula, lebih 800,000 daripada keseluruhan 1.5 juta pengundi termasuk dalam golongan berkenaan.

“Jadi kehadiran muka-muka baharu dalam kalangan orang muda sebagai calon yang bertanding boleh dilihat sebagai tawaran baharu BN kepada golongan ini. Langkah tersebut mampu menjadi faktor ‘wow’ kepada pengundi muda ketika parti berusaha menggunakan pelbagai medium baharu untuk memenangi hati mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis makan malam bersama pengamal media di Darulaman Golf & Country Club (DGCC) Jitra di sini, malam tadi.

Ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk minggu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan gabungan itu akan menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu sebagai calon untuk bertanding PRU15.

Tegasnya, mereka yang akan dicalonkan itu terdiri daripada individu berkaliber, memiliki kelayakan akademik selain berkomitmen tinggi membantu rakyat.

Sementara itu, Hasmuni berkata, Pergerakan Pemuda UMNO akan berusaha bersungguh-sungguh bagi menyakinkan anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun untuk keluar mengundi dalam PRU akan datang.

“Kita perlu yakinkan mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi memilih kerajaan terbaik mentadbir negara. Kalau kita lihat peratusan keluar mengundi di Melaka dan Johor, jumlahnya hanya kira-kira 64 peratus dan itu sememangnya menjadi kerisauan buat kami.

“Jadi kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pengundi muda berusia antara 18 ke 21 tahun yang kebanyakannya masih berada di bawah tanggungan ibu bapa ini keluar mengundi pada 19 November nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya