PRU15: 12 menteri PN utus surat kepada Agong

12 menteri PN utus surat kepada Agong nyata pendirian jangan adakan PRU15 tahun ini

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan beliau antara 12 barisan menteri Perikatan Nasional (PN) yang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak diadakan tahun ini.

Radzi yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, surat berkenaan diutuskan semalam yang antara lain menyatakan persetujuan supaya pilihan raya umum tidak diadakan dalam masa terdekat.

“Saya boleh sahkan memang kami menteri daripada PN termasuk dalam kalangan Bersatu dan Pas mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong. Apa yang paling penting adalah kita dalam PN ingin menumpukan kepada perkara-perkara berkaitan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

“Kalau UMNO ada pendirian untuk melaksanakan pilihan raya secepat mungkin, maka pendirian kita jelas bahawa rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2022, di sini, hari ini.


RADZI Jidin merasmikan Sambutan Dekat Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2022 di Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Katanya, ketika ini rakyat berada dalam tempoh sukar dan beliau sendiri dalam Kementerian Pendidikan (KPM) juga masih banyak yang perlu diadakan.

Ditanya persediaan Bersatu mengenai bakal calon yang ingin diketengahkan pada PRU15, Radzi berkata, senarai calon daripada bahagian Bersatu di seluruh negara sudah diterima.

“Senarai itu sedang diteliti dan ditapis sebelum pemilihan dibuat. Kawasan bertanding belum lagi ditetapkan dan ia tertakluk kepada keputusan parti. Apa yang penting, calon kita bersih dan berintegriti selaras hasrat parti memperjuang sebuah negara penuh integriti, cekap dan mempunyai tadbir urus yang baik.

“Saya melihat calon yang akan dipilih kelak mampu diterima baik rakyat dan akan memenangi kawasan yang ditandingi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya