PRU-15 : UMS benar pelajar pulang, tangguh kuliah, tutorial

PRU-15 : UMS benar pelajar pulang, tangguh kuliah, tutorial

KAMPUS UMS di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersetuju membenarkan pelajar melakukan perjalanan dari 17 hingga 21 November bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof Dr. Rasid Mail berkata, semua kuliah dan tutorial akan ditangguhkan ke tarikh lain.

Beliau berkata, pensyarah dan pelajar perlu membuat perbincangan dan penyelarasan semula bagi menggantikan kuliah, tutorial atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkaitan yang ditangguhkan dalam tempoh tersebut.

Semua aktiviti pengajian akademik sama ada bersemuka atau dalam talian akan bermula semula seperti biasa pada 22 November.

Beliau juga menyambut baik pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi sempena PRU-15 pada 19 November ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Oktober lalu, KPT memaklumkan pelajar diberikan pelepasan dari 17 hingga 21 November iaitu tempoh yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke/dari lokasi mengundi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya