PRU-15: Naib Presiden UPKO bertembung Darell di Penampang

PRU-15: Naib Presiden UPKO bertembung Darell Leiking di Penampang

DAREELL LEIKING dan EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerusi Parlimen Penampang bakal menyaksikan pertembungan antara Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick menentang Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Darell Leiking selaku penyandang kerusi parlimen tersebut.

Hari ini, Ewon,39, mengesahkan akan bertanding di Parlimen Penampang yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

Bakal Presiden UPKO itu berkata, beliau bersedia bertanding di kerusi Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk menawarkan kepimpinan baharu di situ.

“(Saya) bersedia, saya mahu menawarkan kepimpinan baharu di Penampang,” katanya Ewon ketika dihubungi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu berkata, beliau melihat ada peluang yang besar bagi UPKO di kerusi Parlimen Penampang.

Ewon merupakan salah seorang calon Pakatan Harapan (PH) Sabah pada pilihan raya kali ini.

Menurut beliau, di bawah payung PH Sabah, UPKO diberikan lima kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya kali ini. Ia termasuk Parlimen Tuaran yang kini disandang oleh Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang dijangka turut mempertahankan kerusi berkenaan.

Kerusi lain yang akan ditandingi UPKO termasuk Beluran, Kimanis dan Libaran.

Pada PRU14, Darell memenangi kerusi Parlimen Penampang dengan majoriti 32,470 undi menewaskan calon Barisan Nasional-UPKO, Ceaser Mandela Malakun.

Kerusi Parlimen Penampang adalah kubu kuat UPKO sejak ia dimenangi oleh Tan Sri Bernard Dompok pada 1994.

Selain Darell dan Ewon, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka turut meletakkan calon iaitu Kenny Chua mewakili Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)

Walau bagaimanapun sehingga kini, GRS masih belum mengumumkan agihan kerusi dalam kalangan lima parti yang berada di bawah gabungan itu.

Namun, terdapat spekulasi bahawa STAR akan diberi kerusi Parlimen Penampang dan Keningau. Nama Kenny Chua antara yang disebut-sebut bertanding di kerusi tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya