Projek sarang burung walet jana pendapatan 

Projek sarang burung walet jana pendapatan 

RONALD Kiandee ketika merasmikan Pesta Walet Beluran, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri sarang burung walet berpotensi besar diusahakan kerana mempunyai nilai eksport yang ketara dan boleh dijadikan sebagai sumber kekayaan baharu untuk negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, selain itu industri tersebut membantu menjana pendapatan mereka yang terlibat.

Untuk rekod, nilai eksport sarang burung walet Malaysia pada tahun lalu adalah sebanyak RM1.8 billion, meningkat kepada RM1.21 bilion, pada September lalu.

“Daerah Beluran juga merupakan pengeluar sarang burung walit yang amat ketara di Sabah,” katanya ketika merasmikan Pesta Walet Beluran di Sabah, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Ronald Kiandee turut menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pemasaran Walet antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran dengan Syarikat Nestlin Sdn. Bhd.

Beliau turut berkesempatan menyerahkan replika cek kepada PPK Beluran bagi Program Agriprentice Projek Rumah Burung Sarang Walet dengan nilai RM100,000.

Sebelum itu, Ronald merasmikan Pusat Pemprosesan Sarang Burung Walet PPK Beluran yang  memberi manfaat kepada lebih 800 pengusaha sarang burung walid di Beluran.

Di samping itu, dengan adanya pusat tersebut, sekurang-kurangnya 50 anak peladang di Beluran mendapat peluang pekerjaan.

Sementara itu, Lembaga Pertubuhan Peladang memaklumkan, pesta tersebut bagi mempromosikan industri sarang burung walet dan menyampaikan pendekatan serta dasar-dasar terkini kerajaan secara terus kepada pengunjung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya