Politik Malaysia tidak stabil akibat kelemahan kerajaan

Politik Malaysia tidak stabil akibat kelemahan kerajaan – Tun M

Dr. Mahathir Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Politik Malaysia tidak stabil kerana kelemahan dan ketidakcekapan kerajaan sehingga menyebabkan prestasi negara merosot manakala kewangan  pula terus tertekan apabila hutang bertimbun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad justeru berkata, jika Kerajaan UMNO tidak ditamatkan, Malaysia mengalami keadaan lebih teruk manakala pemulihannya sukar dilakukan.

“Semua kesalahan dan kegagalan UMNO perlu didedah supaya rakyat yang cinta negara dan bangsa akan tolak UMNO dalam PRU15,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi tersebut mendakwa, pemimpin UMNO kini tidak senang dengan serangan musuh mereka yang mengelarkan mereka sebagai parti kleptokrat sejak kebelakangan ini.

“Sebenarnya serangan (pembangkang) terhadap UMNO disebabkan khuatir parti kleptokrat ini memenangi PRU15 dan mendiri Kerajaan Kleptokrasi.

“Jika keburukan UMNO tidak didedah besar kemungkinan pengundi tidak fikir panjang dan undi UMNO seperti biasa. Apatah lagi kepimpinan UMNO amat berjaya menutup perbuatan salah mereka dengan mendakwa ahli dan penyokong tidak perlu malu apabila melakukan kesalahan,” katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir lagi, menjadi tanggungjawab rakyat yang cintakan pada bangsa dan negara untuk memperingatkan pengundi akan keburukan pemerintahan UMNO di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekutunya.

“Malaysia sudah jadi negara separuh maju sehingga dikenali sebagai Harimau Asia. Apabila Najib menjadi Perdana Menteri beliau menolak khidmat untuk bangsa dan negara. Sebaliknya ia berpendapat melalui sogokan wang yang banyak kepada rakyat, UMNO akan dipilih dalam tiap-tiap PRU,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya