Polis kesan keluarga dua kanak-kanak ‘beraksi’ di balkoni tingkap 

Polis kesan keluarga dua kanak-kanak ‘beraksi’ di balkoni tingkap 

AKSI kanak-kanak berdiri di balkoni tingkap kondominium dipercayai di Setapak tular hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak serta bayi yang dilihat berada di balkoni tingkap sebuah kediaman dalam video tular hari ini. 

Difahamkan, video berdurasi 11 saat menunjukkan seorang kanak-kanak serta seorang bayi dilihat berada di balkoni tingkap kediaman di Setapak dekat sini yang dirakam penghuni lain.

Dalam video itu juga, kanak-kanak berkenaan dilihat seperti cuba melompat di balkoni tingkap berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Belum ada laporan diterima (berhubung kejadian itu) dan kami sedang mengesan pelaku (ibu bapa atau penjaga),” katanya.

Turut difahamkan kanak-kanak serta bayi berkenaan selamat dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya