PN tak benar individu ada kes mahkamah, jenayah jadi calon

PN tak benar individu ada kes mahkamah, jenayah jadi calon

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) tidak membenarkan mana-mana individu yang ‘bermasalah’ menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausahanya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan itu emastikan calon bersih daripada sebarang kes mahkamah atau mana-mana jenayah. 

“Sesiapa sahaja yang mempunyai masalah, telah diheret ke mahkamah atau kes-kes jenayah termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak dibenarkan menjadi calon. 

“Nama-nama (calon) itu telah pun diambil dan dihantar ke agensi tertentu (tapisan) untuk memastikan mereka bersih,” katanya di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras, di sini hari ini. 

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) berkata, proses itu penting bagi memastikan negara yang dibentuk kelak stabil.

Ujarnya, ini juga dapat menjadikan negara ini dihormati apabila pemimpin-pemimpin termasuk Ahli Parlimen yang dipilih bersih daripada sebarang kesalahan jenayah. 

“Stabil itu bukan satu kumplan besar kawal Parlimen namun jadi kumpulan yang bersih kerana tiada kes di mahkamah. Nanti tidak boleh dipersoalkan kredibilitinya, atau dijadikan isu besar, bukan sahaja di dalam atau luar negara. 

“Kalau kita mewakili negara, biarlah tidak dipersoal dari segi integritinya. Ini bermula daripada menjadi calon sehingga dipilih rakyat dan bertanggungjawab untuk rakyat bukan untuk individu dan kumpulan tertentu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan calon Barisan Nasional (BN) perlu menjalani tapisan termasuk dengan jabatan agama sebelum dibenarkan bertanding,

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata,  saringan dengan jabatan agama yang julung kali diadakan itu bagi memastikan pemilihan calon BN lebih teliti dan mereka tidak terlibat dengan pelbagai isu syariah termasuk pemberian nafkah. 

“Kita juga akan ada saringan. Kena buat pemeriksaan antara nama-nama yang dicadangkan itu. Kita akan menyemak dengan polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Jabatan Insolvensi,  mungkin kali ini dengan pejabat agama, pejabat kadi pun kita kena semak juga jika ada yang kahwin di Siam 

“Ada yang nafkah anak tak bayar ke, ada penghakiman di mahkamah syariah ke, kalau dulu kita tak pernah periksa, kali ini kita lebih terperinci,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN