PM ucap takziah kepada Wan Azizah

PM ucap takziah kepada Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis  awal pagi ini.

Perdana Menteri mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 

“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan ibu mentuanya meninggal dunia awal pagi ini.

“Baru mendapat khabar sedih dari Kuala Lumpur bahawa bonda kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail, Allahyarhamah Mariah Khamis kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. 

“Solat jenazah dijadualkan pada pukul 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN