PM kunjungi kediaman Presiden MIC

PM kunjungi kediaman Presiden MIC

ISMAIL Sabri  Yaakob mengunjung kediaman S. A Vigneswaran bersempena sambutan Deepavali. - GAMBAR FACEBOOK ISMAIL SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengunjungi kediaman Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran bersempena sambutan Hari Deepavali, hari ini.

Menerusi satu hantaran Facebook beliau, Perdana Menteri dilihat duduk bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Vigneswaran.

“Deepavali Valthukkal. Mengunjungi rumah Tan Sri Vigneswaran, Presiden MIC bersama Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden MCA serta rakan-rakan lain pelbagai kaum untuk sambutan Hari Deepavali,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam perutusan Deepavali meminta rakyat Malaysia meraikan persamaan dan mengenepikan perbezaan demi jaminan kestabilan serta kemakmuran negara.

Katanya, perpaduan Keluarga Malaysia hendaklah diperkukuhkan dengan merentasi bangsa, agama dan budaya yang berpaksikan kepada nilai-nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Justeru bersempena sambutan Hari Deepavali, Ismail Sabri berharap budaya kunjung-mengunjung dan rumah terbuka pada pesta cahaya itu akan dapat mengukuhkan persaudaraan dalam semangat Keluarga Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya