PM hadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO

PM hadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO

ISMAIL Sabri Yaakob selepas selesai memberi perutusan khas mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bangunan Perdana Putra Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Menteri di sini pukul 4.47 petang tadi selepas selesai menyampaikan perutusan khas pembubaran Parlimen.

Sebaik sahaja didekati wartawan, Ismail Sabri memaklumkankan beliau bergerak ke Mesyuarat Biro Politik UMNO yang dijadual diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Putra (WTC KL) pukul 5 petang ini.

“Saya dah umum (pembubaran Parlimen) tadi, saya nak pergi ke Mesyuarat Biro Politik UMNO,” katanya ringkas.

Difahamkan, Ismail Sabri juga akan menghadiri Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pukul 8 malam ini dipercayai bagi memperinci persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan memuktamadkan bentuk kerjasama dengan Pas.

Panggilan mesyuarat itu disahkan melalui satu surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh 7 Oktober.

Terdahulu, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan PRU15. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya