PETALING JAYA: PKR dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada minggu depan.
Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman itu sama ada pada 24 atau 25 Oktober ini.
“Beberapa hari selepas mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita akan umum calon kita sebelum penamaan calon,” katanya dalam Facebook beliau.
Dalam hantaran berlainan, Rafizi berkata, buat pertama kali tapisan calon dilakukan melalui proses yang melibatkan semua Naib-Naib Presiden, Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Ketua Wanita.
“Ia berharap menjadi titik mula memastikan semua individu ada hak untuk mencalonkan diri mereka tanpa perlu bimbang kena baik dengan pimpinan tertentu,” katanya. – UTUSAN