PH umum calon Khamis depan, Amanah sasar 40 kerusi

PH umum calon Khamis depan, Amanah sasar 40 kerusi

MUJAHID Yusof ketika menyampaikan ceramah sempena program Bicara Politik Semasa di Beseri, Padang Besar, Perlis, semalam. - UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Pakatan Harapan (PH) akan umum senarai penuh calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk calon Perdana Menteri gabungan tersebut pada 20 Oktober ini.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, perkara itu akan diumumkan sewaktu Konvensyen PH di Perak.

Katanya, pada konvensyen tersebut, mereka juga akan mengumumkan senarai calon termasuk di Sabah dan Sarawak, tema serta lagu yang akan digunakan sepanjang kempen PRU15.

“Bagi Amanah sendiri, satu mesyuarat peringkat nasional akan diadakan pada Isnin ini bagi memutuskan senarai calon yang akan mewakili parti tersebut.

“Satu mesyuarat peringkat pusat akan diadakan bagi memuktamadkan senarai kerusi dan calon yang bakal mewakili parti itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Bicara Politik PH di Beseri di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Noor Amin Ahmad dan Pengerusi Amanah Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim

Tambah Mujahid, pimpinan Amanah peringkat nasional akan mengumumkan calon mereka sewaktu sidang akhbar yang akan diadakan selepas mesyuarat tersebut.

Katanya, Amanah pada awalnya menyasarkan untuk bertanding 30 hingga 40 kerusi Parlimen namun ia bergantung kepada keputusan perbincangan komponen PH.

Katanya, PH akan bertanding semua kerusi yang ditinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pengagihan kerusi antara parti komponen gabungan itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Dalam pada itu, Wan Kharizal memaklumkan Amanah di peringkat negeri menunjukkan perkembangan positif dan memberangsangkan selain ada pertambahan kerusi pada PRU15 berbanding sebelum ini.

Katanya, Amanah Perlis menyasarkan bertanding antara lima hingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan terdapat kerusi Parlimen akan direbut pada PRU15 ini melibatkan ramai muka baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya