PH pertimbang bubar DUN Pulau Pinang serentak dengan PRU-15

PH pertimbang bubar DUN Pulau Pinang serentak dengan PRU-15 – Anthony Loke

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membubarkan kerajaan negeri Pulau Pinang serentak dengan kerajaan persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, cadangan itu dibawa oleh DAP Pulau Pinang yang meminta supaya PH mengkaji semula keputusan sebelum ini untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak.

Oleh itu katanya, segala keputusan akan dibuat selepas mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Ada banyak alasan, salah satu sebab kuat adalah rakyat Pulau Pinang lebih cenderung untuk PRU15 diadakan secara serentak, rata-rata mengatakan mereka tak mahu keluar dua kali.

“Faktor ini kita perlu ambil kira sebab PRU15 bukan berkenaan dengan parti politik tapi berkenaan pengundi, mereka yang buat keputusan bukan parti politik..kita menawarkan tapi akhirnya mereka keputusan.

“Suara rakyat sudah kita tentu kena bagi pertimbangan dan ada reaksi kuat dari Pulau Pinang. Jadi, kita perlu mendengar pandangan dan bincang semula,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di ibu negara malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, soal pembubaran DUN Pulau Pinang tidak boleh disamakan dengan DUN Selangor dan Negeri Sembilan yang turut ditadbir oleh PH.

“Setiap negeri keadaannya berlainan. Macam negeri iaitu Negeri Sembilan, saya juga tak mahu bubar serentak, ada keadaan berbeza. Kita hanya akan bincangkan dan muktamad esok selepas perbincangan keputusan akan dibuat,” katanya.

Dalam soal pembahagian calon, Anthony memaklumkan bahawa DAP akan mengumumkan calon lebih awal, iaitu sekurang-kurangnya sebelum penamaan calon.

“Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah memberi mandat penuh kepada jawatankuasa lima orang untuk segala keputusan dan soal calon yang mewakili DAP.

Katanya, jawatankuasa ini terdiri daripada beliau, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, M. Kulasegaran dan Nga Kor Ming.

“Jawatankuasa ini akan menerima cadangan berkenaan calon yang mewakili DAP dalam PRU15.

“Kita memberikan tempoh hingga 17 Oktober ini untuk memberikan nama calon, setiap jawatankuasa negeri akan berikan cadangan nama calon dan kita akan bersidang untuk mempertimbangkan cadangan tersebut.

“Harap segala proses dan keputusan pencalonan dapat dicapai menjelang hujung minggu ini sebelum Hari Deepavali dan kita dapat umum calon lebih awal sebelum penamaan calon,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya