KUALA SELANGOR: PKR mempertaruhkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calonnya di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu sedia menghantar ‘panglima’ Selangor untuk bertanding di kerusi tersebut.
Kata beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), perkara itu sudah dibincangkan dengan Amirudin yang bersedia berdepan sesiapa sahaja di kerusi berkenaan.
“Amir (Amirudin) memberitahu saya bahawa beliau adalah ‘cicak mengkarung’ dan mampu (menang). Insya-Allah.
“Ini bukan pengumuman rasmi kerana ia dibuat pada 28 Oktober ini, (tetapi) saya sudah bocor soalan,” katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU15 PH Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa di sini, malam ini. – UTUSAN