PH optimis tawan Perak

Pakatan Harapan optimis tawan Perak

ANWAR Ibrahim bermesra dengan orang ramai semasa melawat Little India Jalan Tengku Kelana Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pakatan Harapan (PH) optimis  menawan Perak untuk menjadi negeri keempat di bawah pentadbiran mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran tersebut mampu dilakukan dengan kerjasama kuat dalam kalangan gabungan PH.

“Insya-Allah, kita tawan Perak,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan di Little India di Jalan Tengku Kelana, dekat sini, hari ini.

Mengulas mengenai persediaan di kerusi Parlimen Tambun, Perak pada PRU15, Anwar berkata, ia berada pada tahap siaga yang tinggi.

“Saya tidak mengikut peratusan, saya kerja kuat. Insya-Allah. Namun, saya kena jaga kawasan lain seperti esok di Pulau Pinang, Ahad di Sabah manakala Isnin ke Sarawak,”katanya. 

Sementara itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang menamakannya antara pemimpin yang berupaya menerajui negara selain Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Saya ucap terima kasih kenyataan Musa itu membantu. Dia (Musa) kata layak dan ada pendedahan international,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya