PH dakwa kajian tinjauan memihaknya di Seremban

PH dakwa kajian tinjauan memihaknya di Seremban

AMINUDDIN Harun (tiga dari kiri) dan Loke Siew Fook (dua dari kiri)  pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Parlimen Seremban Peringkat DUN Sikamat, Ampangan dan Lenggeng, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) mendakwa, hasil  keputusan kajian tinjauan yang dijalankannya menyaksikan parti itu mampu mempertahan kerusi Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Calon PH di kerusi itu yang juga penyandangnya, Loke Siew Fook berkata, kajian itu menunjukkan tahap kepuasan hati tinggi dalam kalangan responden terhadap PH.

“Saya sudah lakukan survey (tinjauan) bagi Parlimen Seremban. Respon yang kami terima , kepuasan hati bagi terhadap negeri adalah tinggi iaitu 60 peratus berbanding hanya 29 pertaus bagi kerajaan Persekutuan.

“Saya rasa rakyat boleh melihat perubahan yang kami (PH) bawakan di Negeri Sembilan, dasar yang pro rakyat dan program kebajikan, turun ke akar umbi selama ini selain Menteri Besar yang merendah diri, banyak membantu kami,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Parlimen Seremban Peringkat DUN Sikamat, Ampangan dan Lenggeng di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi PH Negeri Sembilan yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Siew Fook yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, tinjauan kajian untuk Parlimen Seremban itu dijalankan terhadap 300 responden mewakili pecahan kaum dan mengikut demografi pengundi di kawasan berkenaan.

“Jika pengundi Melayu di Seremban 52 peratus, maksudnya, responden itu mesti juga 52 peratus Melayu dan terdiri daripada pelbagai umur. Walaupun respondennya kecil tetapi itu adalah kajian saintifik yang boleh melambangkan persepsi orang ramai terhadap kami.

“Itu sebagai satu rujukan, bukan kami kata sudah menang dan puas hati, tidak. Tetapi sebagai rujukan untuk tambah keyakinan kepada petugas-petugas kami.

“Saya yakin sentimen ini melambangkan persepsi orang ramai bahawa ada kepuasan hati terhadap kerajaan negeri berbanding kerajaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya