Petronas serah kelengkapan banjir

Petronas serah kelengkapan banjir

M. Ahmad Shazly (tiga dari kiri) semasa gimik penyerahan Program Bantuan Bencana kepada Mohd. Amar Nik Abdullah di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - IHSAN PETRONAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Petronas Pantai Timur menyerahkan kelengkapan kepada kerajaan negeri sebagai persediaan menghadapi Monson Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Pengurus Besarnya M. Ahmad Shazly Ramli berkata, sumbangan tersebut adalah komitmen pihaknya dalam membantu melancarkan usaha menyelamat mangsa banjir.

Katanya, sumbangan itu merangkumi dua unit bot yang dilengkapi dengan enjin, tangki bahan api dan serta kemudahan roda mudah alih.

“Pada masa yang sama, sebanyak 7,000 unit khemah perlindungan mangsa banjir, 700 unit jaket keselamatan dan 7,000 helai baju hujan disumbangkan.

“Dengan sumbangan ini diharap dapat membantu agensi terbabit membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh nanti,” katanya hari ini.

Ahmad Shazly memberitahu, sumbangan itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah.

Katanya, selain bantuan Petronas menyediakan program latihan persediaan sebelum bencana itu membantu penduduk di kawasan berisiko tinggi untuk melakukan persiapan yang lebih sistematik menghadapi banjir. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya