Pertembungan 27 kerusi kritikal tak dapat dielak - Pas

UMNO rasa kuat, pertembungan 27 kerusi kritikal tak dapat dielak – Pas

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua dari kiri) menyampaikan Surat Hak Milik Tanah RTB DUN Rhu Rendang di Marang, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pertembungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini tidak dapat dielak kerana UMNO ‘berasa kuat’ dan mampu memenanginya.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN terpaksa meletak calon daripada komponen parti itu bagi menentang calon BN dan Pakatan Harapan (PH).

“(Pertembungan tiga penjuru berlaku) sebab pemimpin UMNO kata, kalau bertembung pun, dia boleh menang, jadi rasa cocky,” katanya selepas merasmikan Majlis Turun Padang dan Jamuan Rakyat serta menyampaikan Surat Hak Milik Tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di sini, hari ini.

Pada PRU14, sebanyak 20 kerusi Parlimen kritikal yang mempunyai majoriti Melayu dimenangi PH manakala tujuh lagi  menyaksikan PH kalah tipis.

Ahmad Samsuri berkata, PN juga tidak berbincang dengan BN untuk memberi laluan kepada parti itu berlawan di kerusi tertentu bagi mengelak terus dikuasai PH, 

Selain itu, menurutnya, parti-parti dalam komponen PN belum menetapkan parti yang akan bertanding di setiap kerusi tersebut.

“Ada yang (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) Bersatu ambil (bertanding), ada yang Pas ambil (dan) ada Gerakan ambil, jadi  kita lihat hasil rundingan nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengagihan kerusi dalam gabungan PN kini sudah mencapai 90 peratus menjelang satu lagi siri perundingan esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya