Perketat pemantauan di lorong tikus

Perketat pemantauan di lorong tikus

FATIMAH Sabeeyamu (berdiri, tengah) bergambar bersama peserta Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Penguatkuasaan serta pemantauan lebih ketat akan dilakukan di lokasi yang dikenalpasti menjadi lorong tikus kepada penjenayah untuk melakukan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan terutama di sempadan Malaysia-Thailand.

Timbalan Gabenor Wilayah Narathiwat, Thailand Fatimah Sabeeyamu berkata, pihaknya mengakui kewujudan banyak lorong tikus terutama di daerah Waeng dan Sungai Golok menjadi punca berlakunya jenayah rentas sempadan.

Menurutnya, sehubungan dengan itu agensi keselamatan kedua-dua negara perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus meningkat.

“Kebanyakan lorong tikus yang wujud di daerah Waeng dan Sungai Golok menjadi laluan utama kepada penyeludup untuk melakukan aktiviti jenayah sekali gus mengelak dihidu oleh pihak berkuasa.

“Oleh itu, kita sentiasa melakukan pemantauan yang lebih ketat di kawasan-kawasan yang di kenalpasti dalam usaha membanteras jenayah antara Thailand dan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, Tanah Merah di sini hari ini.

Fatimah memberitahu, pada masa sama pihaknya turut bersedia untuk menjalinkan kerjasama dalam sektor perniagaan yang melibatkan  daerah Narathiwat dan Malaysia agar ia dapat diperluaskan. 

Katanya, usaha kerajaan Malaysia yang menambah baik kemudahan di sempadan sehingga peniaga di kedua-dua negara kini semakin maju dalam bidang perniagaan harus dipuji.

“Justeru itu, kita amat berharap supaya penduduk di kedua-dua negara dapat meneruskan tradisi berniaga yang sudah sekian lama dengan lebih selesa sekaligus mampu menjana ekonomi masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya