Perikatan Nasional tawar calon berintegriti

Perikatan Nasional tawar calon berintegriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan sahaja menawarkan agenda integriti, tetapi mengetengahkan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bersih setelah melalui proses saringan rapi.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jentera pilihan raya dan Penerangan Bersatu telah dipersiapkan daripada awal termasuk Skuad Prihatin yang telah dikerah bersiap menghadapi bencana banjir. 

“Kita bersedia bukan sahaja untuk menyantuni rakyat mendepani PRU15, tetapi juga bersedia untuk membantu rakyat.

“Bersatu dan Perikatan Nasional komited untuk menawarkan agenda prihatin rakyat, agenda integriti, dan agenda kemakmuran bersama. Calon-calon kami akan melalui proses saringan yang rapi supaya semuanya bersih dan istiqamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Susulan pengumuman pembubaran Parlimen itu, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan selaras Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen. 

Dalam pada itu, Wan Saiful mendakwa, UMNO mengesa PRU-15 disegerakan merupakan permulaan kepada langkah parti itu mengangkat Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri. 

Katanya, pengumuman pembubaran parlimen Ismail Sabri membuktikan UMNO terlalu jauh terpisah dengan kehendak dan keperluan rakyat.

“Ismail Sabri bukan sahaja Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah, tetapi dia hanya akan dipekudakan dalam pilihan raya nanti. UMNO sudah menunjukkan rancangan mereka semasa PRN Johor lalu,” katanya.

Menurut Wan Saiful, rakyat perlu menilai sikap UMNO pimpinan kluster mahkamah kerana menolak serta merosakkan usaha perpaduan ummah di samping tidak peduli nasib rakyat yang berdepan dengan risiko banjir dan bencana alam.

“UMNO masih belum berubah dari budaya rasuah ambil mana yang sempat. Keutamaan UMNO bukan rakyat, tetapi kuasa dan harta semata-mata.

“Saya menyeru rakyat membuat penilaian berdasarkan kecintaan kepada negara dan tanah air, beserta tekad untuk membawa pembaikan kepada Malaysia. Biarlah rasa cinta kepada negara itu membawa kita untuk membuat pilihan yang betul. Satu-satunya gabungan yang terbukti bersih dan menjaga kebajikan rakyat ialah Perikatan Nasional,” ujarnya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya