Penunggang motosikal maut digilis lori

Penunggang motosikal maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut akibat digilis sebuah lori selepas terjatuh dalam kemalangan di Kilometer 2.5 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), arah Kepong ke Damansara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa berusia 64 tahun maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Honda Wave ditunggang berkenaan terbabas.

“Akibat daripada itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terjatuh lalu digilis sebuah lori yang melalui lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 untuk membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya