Penternak kontrak dakwa dianiaya pembekal anak ayam

Penternak kontrak dakwa dianiaya pembekal anak ayam

INDUSTRI ternakan ayam memerlukan agensi kawal selia supaya dapat dilindungi . GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri ternakan ayam yang tidak diselia kerana kegagalan menubuhkan lembaga khas bagi memantau ekosistemnya, mengakibatkan penternak kontrak mengeluh kerana sering menerima bekalan anak ayam yang tidak berkualiti.

Sumber persatuan ternakan ayam kontrak mendedahkan, pembekal tidak ambil peduli kategori induk ayam atau parent stock yang digunakan untuk menghasilkan anak ayam, asalkan mereka boleh meraih keuntungan.

Hal ini kata sumber, mengakibatkan kerosakan dalam rantaian bekalan ternakan itu, apabila penternak-penternak kontrak gagal membela ayam dengan baik dan sekali gus mengurangkan bekalan.

Kata sumber, apabila bekalan ayam kurang di seluruh negara, ia mendorong syarikat-syarikat gergasi ternakan memeras kerajaan menuntut subsidi, seterusnya mengaut kebanyakan subsidi tersebut dan hanya menyalurkan sedikit sahaja kepada penternak kontrak.

Malah sumber mendakwa, pihaknya yang mewakili penternak kontrak seluruh negara kesal apabila agensi yang dipertanggungjawabkan dalam urusan ini, seakan-akan ‘tutup mata’ dan tidak mengendahkan keluhan mereka.

Dakwa sumber, ada segelintir pihak dalam sebuah agensi kerajaan tidak membela nasib penternak kontrak, malah berkata bahawa industri ayam adalah satu perniagaan dan pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Kenapa setelah berbilion-bilion subsidi diberi, tapi isu bekalan ayam masih tak selesai? Pertama, tempoh hari yang jadi ayam murah sekejap, bukan sebab bekalan ayam dalam Malaysia yang menampung, tapi sebab kita import dari luar bagi menstabilkan bekalan. Ini tak membantu penternak kecil, macam orang kata jalan mudah, untuk menstabilkan bekalan dan harga, jadi cuma import saja dari luar negara. Tak selesai masalah.

“Bila ada subsidi pula, bagi kepada integrator. Jadi penternak kecil yang nak mati ini, mereka terus ditindas. Sebab apa? Sebab sekarang tiada akta kualiti anak ayam dan kualiti makanan ayam. Tapi ada pihak agensi sewaktu dalam mesyuarat bersama kami, dia cakap ini adalah perniagaan, jadi kita tak boleh nak buat apa,” keluh sumber.

Sumber berkata, dalam isu kualiti anak ayam yang dibekalkan kepada penternak kontrak, secara asasnya kerajaan dibekalkan dengan rekod ladang termasuk maklumat tentang baka anak ayam yang dihantar oleh pembekal ke ladang ternakan kontrak.

Namun malangnya, sumber mendakwa tiada pemantauan dan akta khusus yang boleh digunakan bagi memantau kualiti anak ayam tersebut.

“Baka ini bila masuk ke ladang, kerajaan sudah ada rekod. Pesanan parent stock untuk menghasilkan anak ayam itu pada berapa hari bulan.

“Tapi bila parent stock itu sudah sampai had umur tua, syarikat pembekal anak ayam DOC masih lagi gunakannya untuk bertelur. Di pihak pembekal anak ayam ini, baka ibu tua atau ibu muda, mereka peduli apa, mereka jual saja,” kata sumber.

Menjelas lanjut sumber berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sepatutnya mewujudkan mekanisme yang memantau secara ketat kualiti bekalan anak ayam, kerana kegagalan penternak kontrak mendapatkan bekalan yang berkualiti pasti akan menjejaskan penghasilan anak ayam sekali gus mengurangkan bekalan seluruh negara.

“Kualiti anak ayam daripada ibu muda, ibu pertengahan dan ibu yang hampir menopause, berbeza. Sebab itu kita gredkan anak ayam mengikut gred A, B dan C. Malangnya ramai dalam kalangan penternak kontrak tak tahu perkara ini.

“Anak ayam yang bagus dari ibu muda dan pertengahan, purata beratnya adalah 42 sampai 43 gram seekor. Kalau ibu tua biasanya mengeluarkan baka seberat kira-kira 50 gram, anak ayam memang besar, tapi antibodi badannya tak kuat.

“Majoriti yang dihantar kepada penternak kontrak ini, tak kira, suka hati saja. Selagi ada permintaan daripada penternak kontrak, mereka (pembekal) tak peduli kualiti yang macam mana. Kecuali penternak yang faham, bagi kebanyakan penternak yang naif akan terima anak ayam yang kualiti reject,” kata sumber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya