Penipuan kewangan: Ramai ‘rela’ kongsi kata laluan - Utusan Malaysia

Penipuan kewangan: Ramai ‘rela’ kongsi kata laluan

SEBAHAGIAN pengunjung melawat gerai pameran Kempen Kesedaran Scam Kebangsaan (NSAC) anjuran Bank Negara Malaysia di Damansara semalam. – UTUSAN/MOHD. FIRDAUS. MOHD JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 37 peratus orang ramai didapati rela berkongsi kata laluan melibatkan akaun dalam talian milik mereka kepada kenalan rapat, termasuk kod nombor PIN akaun bank.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Datuk Khairussaleh Ramli yang melihat tindakan tersebut mendatangkan risiko besar kepada pengguna.

“Ini membawa kepada berlakunya penipuan kewangan dalam talian,” katanya ketika berucap dalam Kempen Kesedaran Scam Kebangsaan (NASC) di Damansara dekat sini semalam.

Kempen itu dirasmikan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Marzunizam Omar.

Khairussaleh berkata, perkara itu diperoleh melalui data BNM.

Beliau memberitahu, seba­nyak 62 peratus pengguna pula tidak peka dengan keselamatan privasi ketika melakukan urusan perbankan secara dalam talian khususnya ketika me­lakukan kaedah pembayaran.

Dalam pada itu, Marzunizam dalam ucapan perasmiannya menyebut, BNM bekerjasama dengan industri perbankan di seluruh negara bagi memastikan saluran perbankan dan aktiviti dalam talian kekal selamat dan terkawal.

Pihaknya sentiasa berusaha melaksanakan keselamatan baharu bagi langkah-langkah yang perlu diambil oleh bank dari semasa ke semasa.

Malah menurut beliau, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan penubuhan Pusat Res­pon Scam Kebangsaan (NSRC).

“Penubuhan NSRC adalah bagi menyelaras maklum balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian,” katanya.

Tambah beliau, mangsa penipuan kewangan boleh menghubungi talian hotline bank masing-masing atau talian hotline NSRC 997 sebaik sahaja sedar menjadi mangsa penipuan.

Beliau berkata, orang ramai harus memastikan komputer dan peranti mudah alih adalah selamat dan menggunakan perisian terkini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya