Pengusaha pelancongan yakin Langkawi masih jadi pilihan

Pengusaha pelancongan yakin Langkawi masih jadi pilihan

PELANCONG tidak melepaskan peluang untuk melihat hidupan laut di Underwater World Langkawi apabila berkunjung ke Langkawi, Kedah. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Beberapa pengusaha produk pelancongan yakin pulau peranginan ini masih popular dan mendapat tempat di hati pelancong sekali gus menyangkal dakwaan tiada langsung pelancong ke sini disebabkan faktor harga yang ditawarkan tinggi.

Mereka turut berpendapat, dakwaan kekurangan pelancong akan merosakkan imej pulau lagenda itu yang kini menerima lebih ramai pelancong domestik berbanding pelancong asing.

Pengurus Besar Underwater World Langkawi (UWL), Noraini Jumaat berkata, biasanya mereka menganggarkan antara 14 hingga 20 peratus daripada jumlah kemasukan pengunjung ke Langkawi melawat UWL.

“Walaupun ada masalah seperti kekurangan feri tetapi kami masih menerima pelancong pada kadar yang stabil, malah ada yang semakin meningkat.

“Terutama pada musim cuti sekolah pada September lalu, kami menerima 37,626 pengunjung berbanding 28,919 orang pada Ogos lepas,” katanya semasa ditemui di UWL, Jalan Pantai Chenang, di sini, semalam.

Menurut Noraini, sekiranya dakwaan mengatakan tiada pelancong ke Langkawi itu benar, UWL dan produk lain pastinya tiada sebarang peningkatan jumlah pengunjung ke tempat-tempat menarik tersebut.

Sementara itu, Pengurus Tasik Dayang Bunting, Mohd. Radhi Abdul Rahim berkata, walaupun kuasa membeli tidak sebanyak seperti sebelum pandemik yang mana mereka menerima lebih ramai pelancong asing ketika itu, jumlah pengunjung kini sudah hampir sama seperti sebelum pandemik.

“Sebelum pandemik kita mendapat purata 700 hingga 800 orang sehari pada hari biasa, dan 1,500 hingga 2,000 orang pada cuti hujung minggu dengan 60 peratus daripadanya adalah pelancong tempatan.

“Pada tahun ini, purata harian mencecah 600 hingga 700 sehari pada hari biasa dan 1,200 hingga 2, 000 orang pula pada cuti hujung minggu dengan 70 peratus pengunjung adalah rakyat tempatan,” ujarnya.

Selain itu, Panorama Langkawi Sdn. Bhd. yang mengendalikan sistem kereta kabel Langkawi turut merekodkan 92,947 orang pengunjung pada September lalu dan 28,418 orang pada Ogoslepas walaupun hanya dibuka selama 10 hari terakhir bulan tersebut kerana kerja penyelenggaraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya