KUALA LUMPUR : Kemuliaan hati seorang guru tadika, Chee Hoi Lan, 84, atau mesra dipanggil Laoshi yang membesarkan Rohana Abdullah walaupun berbeza agama dihargai apabila diumumkan penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M bagi kategori Ikon Ibu Sejati Keluarga Malaysia. Pengumuman warga emas itu sebagai penerima anugerah disambut tepukan gemuruh orang ramai pada majlis itu. Laoshi yang berkerusi roda kemudian ditolak ke pentas untuk menerima anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sebelum ini, kisah Rohana, 22, yang dijaga Laoshi, ibu angkatnya sejak berusia dua bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya