Pengamal media mula 'berkampung' depan Istana Negara

Pengamal media mula ‘berkampung’ depan Istana Negara

PENGAMAL media mula berkumpul di hadapan pintu masuk Istana Negara sejak pukul 9 pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengamal media mula ‘berkampung’ di pekarangan Istana Negara dengan memacak kamera dan peralatan seawal pukul 9 pagi ini berikutan laporan Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Walaupun belum pasti sama ada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memohon perkenan pembubaran parlimen daripada Agong, Perdana Menteri bagaimanapun dijadual menghadap pada pukul 4 petang bagi memenuhi program rutin setiap minggu pra Kabinet di Istana Negara.

Permohonan pembubaran itu dipercayai berikutan pandangan UMNO bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera bagi menamatkan kemelut politik dan ketidaktentuan ekonomi waktu ini.

Dengan kedudukan margin yang tipis membentuk kerajaan campuran masa ini dipercayai telah mencetuskan suasana tidak kondusif dalam pentadbiran negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya