Pemandu e-hailing ditemukan mati dalam kereta

Pemandu e-hailing ditemukan mati dalam kereta

ANGGOTA polis menyiasat mayat Rosmali Abdul Rahman yang ditemukan dalam kereta di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan mati di dalam kenderaannya di Kampung Tok Jembal di sini, semalam.

Rosmali Abdul Rahman, 44, ditemukan  isterinya yang terserempak dengan kereta suaminya itu di tepi jalan berhampiran Pantai Tok Jembal kira-kira pukul 7.15 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan polis daripada isteri Rosmali selepas mangsa tidak pulang sejak Ahad lalu.

“Isteri mangsa memberitahu suaminya keluar dari rumah mereka di kuarters guru sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus kira-kira pukul 8.45 pagi untuk memulakan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing.

“Namun Rosmali tidak pulang selepas 24 jam dan panggilan telefon daripada isterinya juga tidak terjawab sebelum dia membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Rahim memberitahu, mangsa ditemukan ketika isterinya ternampak kereta suaminya itu sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

“Polis mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan pada kenderaan atau mayat mangsa dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya